im trying my best. penat sangat bila kita bertindak sebagai penjaga hati orang. tapi aku ikhlas. penat bila kita adalah tembok yang perlu hadapi segala rintangan. tapi aku sentiasa kuatkan. penat kalau kita adalah tunggul yang sentiasa dipertuduh dan diperkatakan apa sahaja.tapi aku sentiasa hadapi dengan penuh sabar. aku percaya. keikhlasan, kekuatan, dan kesabaran aku akan mendatangkan hasil. itu kebahagian dalam perhubungan. aku dan dia.
tapi kini aku betul2 penat! bukan kerana dia. tapi semua kerana aku. kerana aku. aku adalah punca segalanya. punca diatas segala kepenatan yang kini betul2 sedang menjatuhkan aku. betul kata orang bila kita pendam masalah kita lama2, kita yang akan sakit. ya! kini aku sedang menanggung sakitnya. jelaslah sakitnya tiada istilah untuk aku katakan. bukan sekadar sakit ini yang tanggung. malah banyak pula ujian yang datang tanpa diundang.
tapi kenapa aku? kenapa aku yang harus untuk tanggung semuanya. sedangkan niat aku tidak terpesong. semaunya demi menjaga sekeping daging yang sangat sensitif. iaitu hati. untuk menjaga hati semua orang. untuk ceriakan semua orang.
semua orang ingat aku happy. petah berkata menutup segala permasalah. tak terpancar sikit pun kesulitan, kepayahan, kepenatan di wajah kecil aku. segalanya ditutup rapat oleh gelak tawa. suka ria. tapi dalam keadaan ini mereka belum datang untuk memahami. malah datang pulak untuk menjatuhkan aku. datang pula dengan tuduhan yang pelbagai. datang pula dengan makian yang memeritkan. SUMPAH! aku betul2 kepenatan.
kini tiada apa yang mampu untuk aku lakukan. hanya perlu untuk teruskan keikhlasan aku. tingkatkan kekuatan aku dan tambahkan kesabaran aku.
saya tahu saya seorang budak yang sangat kuat
No comments:
Post a Comment